Aktiviti seterusnya, murid-murid Prasekolah Sk Meru Raya berpeluang dan berpengalaman melakukan aktiviti menanam pokok bunga seperti bunga matahari, bunga raya dan bunga ros jepun. Semasa aktiviti dilakukan, murid-murid sangat gembira dan aktiviti ini dapat memupuk sikap tolong-menolong antara rakan-rakan dan guru-guru. Murid-murid juga diajar cara menanam pokok bunga menggunakan tayar, bot kasut lama dan botol plastik yang dijadikan sebagai pasu bunga. Bahan-bahan kitar semula yang digunakan ini, dapat memupuk murid-murid mengetahui amalan 3R iaitu Reduce, Reuse, Recycle. Seterusnya, mari kita lihat gambar-gambar semasa aktiviti dijalankan.
Comments
Post a Comment