Aktiviti seterusnya, murid-murid Prasekolah Sk Meru Raya berpeluang dan berpengalaman melakukan aktiviti menanam pokok bunga seperti bunga matahari, bunga raya dan bunga ros jepun. Semasa aktiviti dilakukan, murid-murid sangat gembira dan aktiviti ini dapat memupuk sikap tolong-menolong antara rakan-rakan dan guru-guru. Murid-murid juga diajar cara menanam pokok bunga menggunakan tayar, bot kasut lama dan botol plastik yang dijadikan sebagai pasu bunga. Bahan-bahan kitar semula yang digunakan ini, dapat memupuk murid-murid mengetahui amalan 3R iaitu Reduce, Reuse, Recycle. Seterusnya, mari kita lihat gambar-gambar semasa aktiviti dijalankan.
Blog ini diwujudkan untuk menyebar luas aktiviti-aktiviti di Prasekolah Sk Meru Raya terutamanya dalam menghasilkan Kebun Cilik dan Taman Bunga Ku yang dijadikan Amalan Terbaik dalam Prasekolah dan Sekolah Lestari. Selain itu, dengan adanya blog ini murid-murid Prasekolah juga dapat didedahkan dengan penggunaan teknologi dalam aktiviti-aktiviti pengajaran dan pencarian maklumat dengan lebih luas. Hal ini supaya murid-murid Prasekolah Sk Meru Raya dari awal dapat berdaya saing dalam dunia teknologi yang moden ini.
Comments
Post a Comment