AKTIVITI MENGHASILKAN POT TANAMAN DARIPADA BOTOL PLASTIK.
Aktiviti pertama yang dilakukan oleh murid-murid Prasekolah Sk Meru Raya adalah menghasilkan pot tanaman daripada botol plastik minuman. Setiap murid membawa botol minuman plastik yang kosong ke sekolah. Murid-murid sangat teruja dan seronok menghasilkan pot tanaman menggunakan plastik ini yang berbentuk arnab. Guru akan membantu murid-murid melukis bentuk arnab pada botol plastik, kemudian murid-murid akan menggunakan kemahiran motor halus mereka menggunting botol plastik yang berbentuk arnab tersebut.
Kemudian, guru-guru juga akan membantu murid-murid mewarnakan botol plastik tersebut dengan cara menggunakan spray yang mempunyai pelbagai warna. Murid-murid sangat seronok melakukan aktiviti mewarnakan botol plastik mereka. Keselamatan murid amat dititikberatkan semasa menggunakan spray warna ini.
Mari kita lihat video dan gambar semasa murid-murid melakukan aktiviti ini.
Comments
Post a Comment